Noor Faizah's FotoPage

By: Iezah Azizam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-Jul-2010 13:30 Email | Share | Bookmark
Trajedi World Cup 2010

Salam Sayang buat semua sahabat...
hmmm agak lama aku x menjengah FP ni... sepanjang tu macam2 hal yang terjadi & menimpa kami sekeluarga... rindunya aku nak mengarang balik walaupun FP ni utk picas je sebenonye tp aku x kira aku nak berceloteh jugak...

Bulan Jun & Julai 2010, di tengah2 kerancakan World CUP 2010 (WC), famili aku aku ditimpa bencana... trajedi yang x kan kami sekeluarga lupakan.... kenangan hitam yang meninggalkan kesan mendalam terutamanya utk mak aku....

26 Jun 2010 - Sabtu (time maghrib)
Aku sibuk mengemas umah & pakaian sbb esoknya kami akan berangkat ke Langkawi utk holiday bersama2 dgn famil adik aku Ina... semua dah dibooking & dibayar tgu ari je nak p sana.... Tiba2 aku menerima call dr adik aku yang no 4, Ayon, dia tya aku samada ada terima apa2 berita x dr org kampung?.. hmm mmg x de sapa yg call aku & bgtau apa2... ayon maklumkan aku yang adik aku no 3, Azhar @ At, menyelam di Lubok Yu, Pahang x timbul2...Aku tya dia byk2 kali btl ke berita ni? dia kata betul la, dia nak balik Pahang mlm tu gak.. masa ni Ayon bertugas di Kelantan....

Memula memang aku ingat dia main2... Dua beradik ni memang suka berpakat kenakan kami... diorang nak suruh kami balik kampung maka macam2 cerita la diorang buat.... sbb dulu diorang pnh kenakan aku & ina, Si Ayon call kata At eksiden dgn lori... harapan 50/50... yang kami kat Kl ni dah gelabah katak... menangis bagai nak rak, sbb nak balik transport x de masa tu sbb dah malam.... hmmm tp kali ni lain macam lak suara si Ayon.. aku call lak ayah aku nak kan kepastian.. ayah aku mengesahkannya... so berangkat la kami malam tu gak...

Aku sampai Jengka pun dah pkl 4.00 pg lebih sbb byk stop, kebetulan lak mlm tu hubby aku demam, x daya nak bwk kete berterusan itu yang berhenti2 tu...Keesokannya kami sekeluarga pakat2 ke tempat kejadian, pasukan penyelamat BOMBA & kwn2 Arwah At pakat menyelam mencari, x jumpa jugak... isteri arwah sepanjang hari pencarian setia menanti di tepi sungai tu... kesian dia... anak arwah setiap ari dok tya mama dia, di mana Abinya... dia nak abi dia... dh lama abi dia x jumpa dia..... memang sedih bila tgk budak berusia 3 tahun yang petah bercakap berterusan bertanya abinya...

Selama 5 hari pencarian diteruskan, & pd hari ke 5 jenazah arwah ditemui lebih dari 10km dr lokasi kejadian... keadaan jenazah pun dah uzur... urusan jenazah semua diuruskan hospital Bandar Jengka, dari Hospital terus ke tanah perkuburan utk pengebumian.....

Genap 10 hari pemergian Arwah At... pada 6 Julai 2010... Arwah ayah aku Azizam B. Abdullah pulak mengikut jejaknya... sblm ayah aku meninggal dia demam, cirit birit... sampai lembik x daya dia.... Ayon hantar dia ke Hospital bandar jengka pd hari ahad mlm tu.... & hari selasa ayah aku meninggal masa dlm perjalanan dari hospital Bandar Jengka ke Hospital Temerloh...

Seramai 6 orang yang terlibat dgn pencarian arwah At meninggal dunia disebabkan jangkitan wabak bakteria Leptospirosis (kencing Tikus) & Meilioidosis di Lubok Yu... termasukla arwah ayah aku.... & bapa saudara aku baru pulih dr koma selama 3 minggu akibat sakit ni mudah2an dia cepat sembuh.... Kementerian Kesihatan dah lakukan siasatan kat lokasi kejadian.. & buat masa ni tempat tu di tutup utk org awam....

Ni picas sekitar lokasi kejadian.... Al Fatihah utk Arwah AZIZAM ABDULLAH & Arwah MOHD AZHAR AZIZAM.. semoga Allah Taala melimpahi rahmatnya ke atas kedua2nya... aminnn















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net